Pages

Friday, March 21, 2014



Bukan sesuatu yang mengejutkan apabila ada manusia yang panas punggung mendengar kejayaan dan pencapaian orang lain.

" hah? dengki? cemburu? "


Senyum, tak perlu kata apa apa. Biarlah Allah yang berkata-kata.

"Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa, 'Ya Tuhan kami, ampunkanlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau tanamkankedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, sungguh Engkau Maha Penyantun, Maha Penyayang."
[al-Hasyr, 59:10]

Nah, bukankah Allah sendiri telah mensahihkan dalam qalam-Nya yang mulia itu, bahawa di dalam diri orang-orang beriman itu tidak mustahil untuk mereka saling mendengki? Jika tidak, masakan dikhususkan sepotong doa untuk hal yang sedemikian?


Benar, ada dengki yang dibolehkan di dalam Islam. Namun dengki ini terhad terhadap dua perkara sahaja, sepertimana sabda Rasulullah SAW;

"Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah SWT harta lalu dibelanjakan hartanya itu ke jalan yang benar (yang diredhai oleh Allah SWT) dan orang yang dikurniakan oleh Allah SWT ilmu pengetahuan, lalu dia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan hadis) serta diajarkannya pula kepada orang lain."

[Hadith Riwayat Bukhari]

Ayuh, bebaskan diri kita daripada penyakit ini. Segarkan iman dan taqwa dengan mendidik hati kita untuk lebih menerima.

Ya, erti hidup itu pada menerima. Menerima dengan seikhlas hati dan seyakin diri, bahawa segala yang berlaku itu adalah sebahagian daripada perancangan-Nya yang Maha Bijaksana.





Ketika itu, percayalah. Hidup kita akan lebih gembira. Dan bermakna.

Senyum, tak perlu kata apa-apa :)



"Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau tanamkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, sungguh Engkau Maha Penyantun, Maha Penyayang."