Pages

Wednesday, March 29, 2017

Resipi telur dadar super sedap!

Hi harini kita nak share resipi telur dadar yang super sedap, garing dan gebu. Cewah, dah jadi blog resipi masakan pula blog ni hahahaha curlasss kau Jah. 


Acah je nak share resipi, dah lah resipi telur dadar je. Budak sekolah rendah pun boleh masak kot? Eh eh hahaha biarlah. Omputih kata, we must start from basic. Lagipun bukan semua orang tau rahsia telur dadar super sedap ni hehehe okay Diana pls stop merepek. Sebenarnya tengah lapar, dan tiba-tiba terasa nak makan telur dadar, nasi panas-panas dengan kicap. Tak dapat makan, bayangkan resipi je pun jadilah :')



Bahan-bahan:

Telur ayam (2 biji)
Bawang besar (1 biji)
Limau nipis (1 biji)
Garam

Cara-cara:

1) Hiris bawang besar.
2) Pecahkan telur, perah limau nipis, masukkan secubit garam, masukkan bawang besar dan pukul sehingga berbuih.
3) Goreng macam biasa (tuang telur dari jarak yang tinggi sikit, macam nak buat sup carak).


Hahahaha. Macam tak function je bagi resipi. Sekarang ni rahsia dia cuma tambah limau nipis dan skill tuang telur je. Oh kalau korang nak tambah cili merah, daun bawang, mayonnaise, cheese pun boleh. Sila ikut selera dan tahap kreativiti masing-masing ye. 



Okay selamat mencuba! :)

No comments:

Post a Comment