Pages

Tuesday, July 18, 2017

Stoners' Ipoh Trip

Hi!

Ha tetiba je muncul balik kan, dasar Diana chipsmore. Okay since ada a few months je lagi tinggal dekat UTP ni, kita kena manfaatkan masa betul betul. So weekend lepas Stoners plan nak jalan jalan area Ipoh. Eh jap.

Stoners? Apatu?


Ni ha bebudak Stoners. Aida ja takdak dalam gambar ni. Eh awat bila mentioned nama Aida ja kena cakap Kedah eh? Tak paham cheq hahahaha. Ha lagi satu yang kita tak faham kenapa Stoners. Takdelah pulak ambik stone ke apa, tapi saja nak acah lah sikit en.

Eh eh okay sambung cerita. So kitaorg pun jalan jalan lah dekat Ipoh ahad lepas. Acah playing tourist walaupun dah 5 tahun hidup dekat Perak ni. 

Mee Kari Daud Mat Jasak

Mee Kicap, price around RM8

Dekat sini seat limited plus ramai orang. So kalau yang ada anak kecik tu kena pikir dua tiga kali lah before decide nak makan sini. Tapi kalau gigih nak makan jugak, boleh lah cuba nasib. Sedap and recommended! 

Untuk mee kicap, kena beratur pilih cucuk cucuk tu ikut selera korang, and ada choice nak kuah sup or kari. Dua dua kuah sedap. 

Bits & Bobs (Ipoh Famous Ice Balls/Ais Kepal)

Price RM5 each

Ais kepal ni sedap, cuma nak makan tu comot sikit. Ke kitaorg yang tak reti makan? Hehehe. Macam dalam gambar ni kitaorg beli flavor gula melaka dengan sarsi + sirap. 

Oh btw kedai ni area restoran Plan B, and decoration dia serious nice gila! Tak tipu. Untuk dak dak hipstur memang nice lah nak lepak.

Ha gigih tak gigih Nad makan ais kepal dekat bawah tu :P




Hokkaido Ice Cream Puff


Price RM 4.30 each

Hokkaido ice cream puff ni ada cemacam flavors. Kita tak suka sangat puff dia tu, tapi takde lah tak sedap. Okay je rasa dia. So boleh lah try kalau datang Ipoh.

Laksa Telur Goreng Bersarang, Bandar Seri Botani


Price RM 4.30 each

Laksa penang memang all time favorite food lah. Sumpah padu laksa dekat sini. Korang kena try laksa ni pls, sangat sangat recommended!

Haa boleh teka tak apa motif plan kalini? Ye betul anak anak,

MAKAN!

So siapa yang datang Ipoh and taktau nak makan apa, boleh lah try suggestions dalam post ni. Actually Ipoh famous dengan nasi ganja. Maybe lepasni boleh try nasi ganja lah pulak.

Okay bai! :)


Thursday, March 2, 2017

Hello blog!

Assalamualaikum.

Hi it's been awhile since my last entry. Tetiba je rasa rindu blog hehehe. Rasa macam nak update cemacam tapi taktau nak start daripada mana.

Let's start with azam 2017. Hahahaha Diana pls, dah masuk bulan March kot. Tapi takpelah, better late than never kan? At least ada lah juga azam tahun 2017. So this is my 2017 bucket list.


Diana's 2017 Bucket List:

1) Settle kan logbook and report SIP
2) Internship
3) Kdrama marathon (Im gonna publish an entry on "Must watch kdrama list" later)
4) Delete some previous entries on this blog
5) Phuket trip with Stoners
6) Grad
7) Cari boyfriend :P

Luls yang last tu wajib, dah 22 kot hahaha kk gurau. Degree pun tak habis lagi jangan nak gatai meghela noh Diana. Hm tu jelah kot azam 2017 setakat ni, nanti rajin cheq update blog lagi kbai :)

Wednesday, October 5, 2016

Hi

Hi.

Hehehe random gila tiba tiba je rasa nak update blog. Teringat dekat encik blog ni tiba tiba. So currently i'm doing my internship at Celcom Axiata Berhad. Bila budak intern baru masuk biasalah macam macam soalan kena jawab;

"Dari U mana?"
"Berapa lama intern ni?"
"Eh kenapa lama sangat 8 bulan?"
"Kenapa tak intern dengan Petronas?"

Ha iols boleh feeling feeling retis gittew. Ye, ramai orang terkejut student UTP kena intern 8 bulan. Meh nak habaq pasaipa kami kena intern lama. Sebenarnya takde lah tepat 8 bulan, dalam 7 bulan lebih cemtu. Satu semester dekat UTP duration dia lebih kurang 4 bulan. So masa internship ni dia divide kepada dua bahagian; Student Industrial Training (SIT) and Student Industrial Project (SIP). That's why lah jadi 8 bulan.

Kenapa tak intern dengan Petronas. Ha penat juga jawab soalan ni. Hampa toksah lah duk tanya awat cheq tak intern dengan Petronas. Habih dah ayaq mata ni duk teriak. Ceh over.

Sebab jobscope.
Dalam 5-6 offer intern daripada Petronas KLCC, semua tu kena involve dengan coding. Apani budak IT nak lari daripada coding? No bukan lari. Tak boleh nak lari pun daripada coding cuma kurang berminat nak belajar language baru. So that's why lah last last pilih Celcom ni. Kalau tak dah sama dah dengan Anis, Muni, Aimi, Ros, Adyb :(

Dekat Celcom ni depa assigned under team Network Engineering. So far okay je. Walaupun sorang je intern dekat sini and mostly team network ni lelaki, tapi takpe. Pengalaman tu yang mahal tu.

"Yeah, I know you'll be fine" 
Thank you catalyst ;)