Pages

Friday, December 21, 2012

usrah 2


dear blog .

eheh harini ada usrah lagi . tapi tak ramai pun datang . 

ayu , atiqah , diana & amalia je .

okaay jom tengok apa yang kiteorang dapat td .

tajuk yang dibincangkan harini ialah berkaitan 
Ilmu Tauhid .

haa mula-2 sekali kita kena tahu hukum belajar Ilmu Tauhid .

Apakah hukum mempelajari Ilmu Tauhid ?
fardhu ain

* mempelajarinya adalah wajib sehingga mencapai keteguhan hati .

ahaaa . wajib tau .

okay . kita bincangkan konklusi nya je lah .

  • ilmu tauhid membentangkan dalil aqli & dalil naqli untuk membuktikan kesahihan ilmu itu 
  • ilmu tauhid adalah ilmu termulia berbanding ilmu-2 lain
  • mempelajari asas-2 ilmu tauhid hukumnya fardu ain
  • Al-Quran mementingkan ilmu tauhid . sebagai contoh ;
surah-2 Makkiah ( yang diturunkan di Makkah ) banyak membincangkan ilmu-2 tauhid seperti Hari Kiamat 

  • umat islam terdahulu amat mementingkan ilmu tauhid . dan apabila ianya diabaikan seperti sekarang , akibatnya ialah berlaku maksiat yang berleluasa 
----------------------------------------------------------------

Sirah Rasulullah S.A.W. 

Keistimewaan sirah Nabi Muhammad 

  • menceritakan keagungan tokoh yang sahih
  • kehidupan baginda jelas pada setiap peringkat
  • menceritakan perjalanan hidup seorang manusia yang mulia 
  • meliputi setiap sudut kemanusiaan iaitu merangkumi cara pergaulan dan tingkah laku 
  • merupakan satu-satunya sirah yang memberikan dalil yang tidak diragui kerana ia terdapat di dalam Al-Quran dan hadis

* Surah Ad-Dhuha , ayat 6-7 ( mengenai kehidupan Rasulullah semasa kecil )

~ tugas terbesar umat Islam ialah BERDAKWAH ~

p/s : sikit je yang dpt dikongsi . kite datang lambat td . hehe :P


No comments:

Post a Comment