Pages

Monday, January 21, 2013

Asasi Pintar UKM ?

haii . tadi tengah usha usha web KPT . tiba tiba terjumpa pulak Asasi Pintar UKM .

apatu ?

hihi korang pun tatau kan . try google then jumpa result dr blog sorang akak ni . read this for more information .


Agaknya ramai yang curious . Nak tahu pasal Asasi Pintar.

Kenapa dinamakan Asasi Pintar?
Apa istimewanya asasi Pintar dari asasi lain?
Apa modul pembelajaran asasi pintar?
Asasi Pintar untuk budak pintar ker?
Kalu dapat Asasi pintar , lepas ni nak pergi mana?

Dan seterusnya..





Apa itu asasi Pintar?
Pihak UKM telah meminta Pusat PERMATA pintar negara  untuk mengendalikan program asasi Pintar yang telah dimulakan pada 20 Jun 2010 dengan pelajar permulaan seramai 250 orang tajaan JPA.

Berapa tahun belajar?
Program Asasi Pintar UKM merupakan program pra-siswazah yang mengambil masa 1 tahun sahaja

Untuk siapakah Asasi Pintar?
AsasiPINTAR  pada asalnya adalah antara program PERMATA pintar. Korang tahukan . Salah satu program di mana pelajar bijak pandai yang dikenal pasti melalui satu ujian yang dijalankan online . Pelajar yang sememangnya terpilih ini akan ditawarkan Asasi PINTAR.Namun, asasi PINTAR akhirnya dibuka kepada pelajar SPM yang bukan pelajar PERMATA pintar bermula tahun LEPAS .Asasi PINTAR terbuka kepada pelajar Aliran SAINS

Bidang pengajian Asasi Pintar UKM
Program ini menggunakan khidmat pakar oleh tenaga pengajar dari UKM  sendiri . Bidang pengajian adalah lebih tertumpu kepada bidang Sains, Teknologi dan Matematik . Pelajar sekurang-kurangnya mengambil  sejumlah 40jam kredit kursus-kursus tahun pertama UKM . Pengendalian program ini akan melibatkan semua fakulti di UKM yang berasaskan sains dan teknologi termasuk Fakulti Pendidikan; Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina;Fakulti Sains dan Teknologi; Fakulti Perubatan; Fakulti Pergigian dan Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu. Pelajar akan bersama dengan pakar untuk melakukan penyelidikan melalui pendekatan pembelajaran berasaskan masalah.


Kemana nak pergi selepas tamat Asasi Pintar?
Pelajar yang tamat program ASASIpintar dan mencapai tahap kecemerlangan yang ditetapkan oleh UKM akan diterima masuk ke pelbagai fakulti di UKM . Oleh kerana mereka telah mengambil sebanyak 20 jam kredit kursus-kursus wajib universiti yang ditawarkan di UKM, mereka akan dapat memendekkan tempoh pengajian mereka dari tempoh yang diberikan untuk sesuatu bidang pengajian. Justeru, mereka akan dapat menamatkan pengajian mereka lebih awal dari pelajar biasa.

Kelayakan Minimum AsasiPINTAR





Program asasi Pintar UKM sememangnya untuk budak-budak genius dan bijak pandai . Tengoklah kelayakan minimum bagi Asasi Pintar.
Dengar ura-ura mengatakan Asasi PINTAR dibawah tajaan JPA .But still not confirm yet.Tapi yang 1st batch memang Fully under  JPA.Apa korang tanya UKM sendiri sempena JOM MASUK U karnival atau di laman WEB UKM

Tapi semua asasi ada biasiswa.Semua bergantung kepada tahap pencapaian anda.Setelah masuk Ijazah Pertama.Anda perlu cari sendiri tajaan atau tanggung sendiri.

Asasi PINTAR seperti Asasi Sains yang lain tetapi untuk yang PINTAR .Sebab itulah modul pembelajaran mungkin ada yang istimewa sikit.Ema pun tak pasti sebab this year baru start dan kurang perkongsian pengalaman dari budak - budak lepasan ini.UKM web pun tiada update baru pasal Foundation ini.Jadi,ini sahajalah yang ema mampu cari..

*LATEST INFO 16/2*


Ujian Saringan?
Ema dah tanya pusat asasi PERMATApintar dan dia kata TIADA ujian saringan diadakan..Jika anda apply,boleh terus masuk dengan syarat kelayakan 6A dalam SPM mengikut syarat kelayakan di atas

Ujian selepas masuk?
Ada 3 Ujian yang perlu diambil.

  • UKM2 - Untuk menilai tahap kepintaran
  • MEQI - Untuk tujuan profiling
  • MUET - syarat kemasukan ke program prasiswazah
29/3/12 WARNING ! ujian UKM2 dan MEQI adalah untuk profile dan penaksiran awal.Tiada perkataan gagal atau lulus yer.Tahu tak MUET tu apa?

JPA scholarship.
Pelajar Asasi Pintar akan dapat Full Scholarship dari JPA untuk menyambung pelajaran di pusat PERMATApintar

Luar negara.
Pelajar boleh sambung pelajaran ke luar negara setelah ditemu duga oleh JPA.

Nama Unik AsasiPERMATA pintar
Sebenarnya ia merangkumi SAINS HAYAT dan SAINS FIZIKAL..

Boleh sambung ke program mana di UKM?
  •  Kejuruteraan
  • Farmasi
  • dentist
  • perubatan dll


hah . paham ? selamat memilih :) 

Wednesday, January 16, 2013

Einsteiners :')


rindu mama Suriyaaaaaa . kenal tak ? tipu la tak kenal . siapa yang hidup kat SEMESRA tapi tak kenal cikgu Suriya . hm ntah . taktau nak kata apa la . even macik tukang sapu pun mesti kenal punya la . 

Dear Einsteiners .

korang ingat lg tak masa cuti apa ntah then 7 orang tak balik sekolah hari Ahad tu . then masa kelas edmet kena pulau duduk belakang . isk isk sedih gilaa bila ingat balik . time mama Sue kata

' anak murid saya hari Isnin , sila buka fail addmath awak

fuh . menusuk kalbu . since that moment , mula la adegan pujuk memujuk antara kami .

afeeqah . diana . ayuni . ayyu . fadhil . syafiq . akashah .

ye . bebudak ni la yang duk kejar cikgu sampai kereta then cikgu kata ,

' saya bukan cikgu addmath awak

dramatik bukan ? ini betul betul . tak tipu . 
start haritu kiteorang gilir gilir buat kad & beli chocolate untuk pujuk mama . ada la dalam seminggu . sweet kan kiteorang ? hihik nak menangis ni bila ingat balik -_______________-

tu belum lg korang tengok budak budak Galileo kejar cikgu turun naik tangga . budak kelas lain gelak . hah . tak ada hati langsung nak gelak masa tu .
hati manusia kan cepat lembut . we're forgiven . Ya Allah punya lah lega masa tu taktau nak cakap macam mana  .

rindu tak nak kena marah sebab tak kemas kelas ? padahal tade lah sepah mana pun kan . tapi kita kan mesti jd THE BEST . rindu nya rindu -____________-


hah . meriah kan . macam tadika .

ingat tak masa birthday mama kita punya lah eksited nak sambut sampaikan tersilap tarikh . hah . 1 Ogos . padahal esoknya start trial JPNS tapi kita still boleh buat kad birthday yang bosar tu lg . last last masa prep malam tu baru tau birthday mama 10 Ogos . 

masa 10 Ogos . kita wish mama dekat perhimpunan . Yatot jadi pengacara majlis . isk isk memories :')





mama buat DP . oh terhaghuuuu . hahaha mama Suriyaa bagi nama ' Dianot ' . 

haih . terlalu banyak kenangan dengan Einsteiners sampai kan tak tertulis .


ya . kami sayang mama :)

maafkan kami cikgu . doakan kami cikgu . ADDMATH A PELAAAAS CIKGU .


p/s : kelas kami mmg banyak adegan air mata . kau ada ?


Tuesday, January 8, 2013

Dugaan itu manis


Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah , ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini .Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah . Setiap orang ada masalahnya tersendiri ,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama . 

Allah tidak akan sekali-kali menguji hamba-Nya diluar kemampuan hamba-Nya 

Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujian-Nya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita . Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hamba-Nya .

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita . Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya . 

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan ? Berdoalah kepada Allah , Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita . Jangan malu untuk merayu-rayu , meminta-minta , memohon-mohon kepada Allah S.W.T. Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hamba-Nya , Allah itu Maha Mendengar . 

p/s : awak , be strong :)


Tuesday, January 1, 2013

first day of the year :)

oh haii . tak sanggup rasanya nak ubah details kat sidebar blog nih . sob sob .


dah nak kena ubah jd eighteen . oh kau tipu kaaan , tipu .

hello diana . 

awak dah tua kay . dah tua .

oh maaaaaaaan . selamat hari tua .
kbai 


i hate this entry . isk isk :')

oh rasa tak sanggup nak say goodbye to 2012 . hewhew a lot of memories that i can't forget till now .


simple conclusion for 2012 . 

nak tanak kita kena hadapi jugak kaaaan .

so , to my dearest 2012 ;


lahaii sedihnyaa nak berpisah dengan 2012 nih . tapi , harini dah 1st Jan 2013 .
apa boleh buat . 

and 

welcome to 2013 .

hey hey , please be nice with me .


p/s : eh tengok tu . nombor 3 tolak nombor 2 . kan da jatuh . isk isk -________-