Pages

Thursday, April 7, 2016

I'm back :)

Assalamualaikum.

hahaha i'm back again selepas berkurun tak buat entry baru. last rasanya masa 4 months break tahun lepas. ni dah nak habis 4 months break lagi sekali dah eyy pemalas punya Diana.

mesti ada sebab kan kenapa tiba tiba je nak update blog? 
awal pagi tadi Anis hantar ws, dia tunjuk blog Kak Wan. sedihnya baca post post Kak Wan pasal arwah Laila :') 
lately ni ramai yang meninggal dunia dalam usia yang muda. Innalillahiwainnailaihirajiun. mula mula dapat tahu pasal Shuhada sepupu Akashah meninggal sebab cancer. lepastu Laila, junior SEMESRA sebab jangkitan kuman dekat paru paru. dua dua orang ni baik sangat. Shu, walaupun kitaorg kenal dalam alam maya je, tapi aku still sedih sebab aku pernah rapat dengan dia satu masa dulu. zaman lepas spm, hari hari kitaorg contact tak kira lah dekat facebook ke twitter ke blog, dia duk usik usik aku. tak apalah Shu, satu hari nanti kita jumpa jugak kan? 
Laila pulak, junior yang memang semua orang tahu dia ni peramah tak kira orang rapat ke tak dengan dia, dia still peramah. Laila akak tak ada banyak sangat kenangan dengan Laila tapi bila akak bukak IM dekat facebook baru akak sedar rupanya dari zaman sekolah Laila selalu tegur akak. 

"Assalamualaikum akak." "Akak rindu Laila kan!" 

hahaha itu jelah modal Laila nak usik akak. kadang kadang akak reply, kadang kadang tak. and satu lagi, masatu dalam dewan ada ceramah apa tah, biasalah dewan SEMESRA tipulah tak banyak lalat kan? Laila duduk dekat dengan akak lepastu akak ambik buku Laila. bila akak bukak dalam tu ada lalat mati hahahahaha ya Allah sakit perut akak dgn Kak Tasha gelak sebab lalat tu. 

itulah orang kata, bila orang dah tak ada baru kita nak hargai dia. tujuan aku buat post macam ni bukan sengaja nak ingat balik kenangan kenangan lama, tapi as self reminder. 

Diana, hargai orang orang yang ada di sekeliling kau sementara diorg masih ada. Allah pinjamkan nikmat persahabatan ni sekejap je :')

oh satu lagi, aku pernah cakap dalam satu post aku yang aku takdelah rapat sangat dengan Dineshwar. tapi makin lama dia tak ada ni makin aku sedar, aku rindu dia. bila aku bukak phone lama, aku nampak ws dari dia. dah banyak kali aku cuba nak delete conversation tu tapi tak boleh. tak kuat. tak apalah, kenangan. banyak kali jugak aku mimpi pasal Dinesh ni haih hahaha ye orang boleh cakap, alah junior je pun kenapa nak sedih sangat. ye memang junior, ye memang lain kaum, tapi satu je aku boleh cakap, dia ikhlas kawan dengan aku dari dulu. aku still ingat macam mana dia excited dapat pergi educamp, macam mana dia sedih tak dapat masuk utp, macam mana dia excited lagi untuk try his best in next educamp and finally, he did it. beberapa hari before puasa tahun lepas, macam mana dia gigih pujuk aku suruh bawak dia makan dominos. dia kata sebab lepasni aku dah puasa. puas aku tolak, macam macam alasan aku bagi tapi at last pergi jugak. tak apalah, kenangan.

belajar hargai orang diana, hargai.


No comments:

Post a Comment