Pages

Wednesday, January 17, 2018

Stoners Penang Trip (3D2N)

Haluuu.

Before semua balik rumah dan bawa haluan masing masing *ceh, ayat acah acah sedih sikit*, kitaorg plan nak jalan jalan Penang. Yelah, last dah ni before pulangkan student matric card. Lepasni dah tak boleh dapat student price dah. Sobs. 

Sebab trip kalini pi Penang, cheq kena cakap loghat utagha lah kan. Actually ni kira Stoners Penang Trip 2.0 sebab dah pi before intern dulu. Okay dah jom cerita pasal Penang Trip kalini.

Day 1

Design Village, Bandar Cassia

Design Village ni lebih kurang macam Johor Premium Outlets, Freeport A'Famosa Outlet, Genting Highlands Premium Outlets, Mitsui Outlet Park. Ha lebih kurang je macam segala mak nenek outlet tu. Kalau minat window shopping okay lah boleh jalan sini. Eh tapi kalau banyak duit, shopping ja lah kan, tunggu apa lagi :P

Oh btw Design Village ni buka pukul 11.30 am. Kami sampai awai sangat pukul 11 am, kedai satu pun tak buka lagi. Siap kena halau keluar hahaha. Plan asal nak check in homestay dulu, tapi sebab jumpa tempat ni dulu, tu yang redah ja.

Nasi 7 Benua, Mini Stadium Sg. Ara

(RM 7++)

Ha tudia ni lah sebenarnya tujuan jalan Penang ni. Nak makan hehehe.

Portion nasi 7 benua ni just nice untuk sorang makan. Kalau taknak 7 benua pun takpa, mintak lah berapa benua hampa nak. Dia charge seketul benua tu 3 kupang *tiga posen ja seketui benua*. Specialty restoran ni nasi dia lah, lauk pulak macam lauk nasi campur biasa ja. 

Lepas lunch, kami check in homestay. Homestay ni pakcik Nad yang kira, so cheq tak berani nak recommend. Tapi takpa jangan risau, banyak ja hotel yang murah murah area Georgetown hehe Trivago kan ada.

Esplanade Food Court, Padang Kota Lama

Mee Sotong Hameed Pata (RM 5) & Coconut Shake (RM 4)

 

Ha mee sotong dengan coconut shake ni dekat Esplanade Food Court betul betul tepi Fort Cornwallis. Tapi masa pergi haritu Fort Cornwallis tengah renovate, tak dapat nak pergi dekat so tengok dari jauh ja lah. 


Pasemboq, kerang bakaq and sotong kangkung ni pulak dekat food court lain. Tapi taktau apa nama food court ni. Kalau jalan kaki dari Esplanade Food Court tu ada lah dalam 300-400 meter. Kalau pergi ramai ramai better share ja makanan, tak membazir and boleh rasa macam macam. 

Penang Avatar Secret Garden (Free entrance)





Ha ni tempat paling excited nak pergi and paling favorite. Cantik gila pls lampu dia! Rasa nak nangis tengok lampu lampu tu aaa nanti nak ada rumah banyak lampu camni hahahaha berangan. 

Tempat ni tokong biasa ja tapi bila depa hias camni sumpah nice. Free entrance tapi kalau parking dekat dalam kena charge RM 3 or RM 5 depends on waktu hampa pi tu ramai orang tak.

Restoran Sup Hameed

(Sup kambing RM 7++)

Dah sampai Penang kena lah try makan kedai mamak Penang kan. So hampa boleh try Sup Hameed ni, makan dengan roti benggali. Kalau hampa tak berapa kuat makan kambing, better ambik sup daging sebab sup kambing dia rasa kambing hahahaha luls dah memang order sup kambing kan.

Day 2

Roti Canai Transfer Road


Sambal ayam drumstick dekat sini sedaaaaap, ayam pun lembut ja. Serious hampa kena try makan sini. Roti bakaq teloq goyang pun not bad. Tapi kedai ni crowded sikit sebab kecik. Sampai ke tengah jalan raya ha meja dia.

Penang Street Art

Ha ni macam biasa ja kan sebab dah banyak dah tempat buat Street Art ni (Ipoh, Shah Alam, even dekat Kluang pun dah ada). Tapi bukan selalu kan pi Penang, apa kata hampa try pi Penang Street Art ni. 

Oh btw, kalau penat jalan boleh sewa gerek. Apatu? Gerek ni kalau orang keyel panggil basikal. Hahaha iye basikal. Haritu kami sewa around pukul 1 tengah hari kot. Memang belang lah muka cerita dia, tapi seronok! 


Ais Tingkap (Sarbat), Lebuh Tamil 


Ni lah dia ais sarbat tu. Gambaq encik google ja, tak dan nak snap gambaq sebab ayaq dia nampak sedap hahaha. Taktau nak explain ais sarbat ni rasa cemana, tapi yang pasti dia campuran sirap, buah kelapa, biji selasih. Ha boleh imagine tak rasa dia? 

Sebenarnya ada cerita sadis di sebalik kisah cari ais sarbat ni. Punya lah gigih kami jalan jauh jauh dari tempat sewa basikal tu, sampai ja dekat Lebuh Tamil ni, ada sorang pakcik ni kata kedai tutup. Kami yang kecewa dan duka lara ni pun singgah lah restoran apa tah sebab dah haus gila jalan jauh. Lepas dah pekena jus tembikai sorang segelas, keluar ja dari restoran ni tetiba nampak satu gerai ni ramai orang tengah beratur. Rupa rupanya tu lah gerai ais sarbat tu hahahaha sampai ke sudah taktau kedai apa yang pakcik tadi cakap tutup luls. Btw gerai ais sarbat ni betul betul depan Chowrasta Market. 

Wonderfood Museum


Masuk Wonderfood Museum ni kalau hampa tengah kenyang pun boleh jadi lapaq. Makanan dia semua nampak real. Dekat sini dia buat pameran replika segala mak nenek makanan yang ada dekat Penang. Oh ha nak masuk sini kalau student price RM 5 ja, so sila lah bawa matric card anda ye. Function gak jadi student ni hohoho.

Nasi Kandar Deen Maju


Yasss dah dekat Penang wajib lah makan nasi kandaq. Cheq dah request takmau kuah banjir tapi still banyak jugak dia letak kuah tu. Takmau makan dekat Deen Maju pun takpa, banyak ja lagi kedai mamak lain hampa boleh pi. Janji makan nasi kandaq ya dakkk.

Plan asal nak jalan area Batu Ferringhi petang tu tapi hujan lebat. So kami pun balik lena dekat homestay then malam tu keluaq sat pi Queensbay Mall. Kalau cuaca okay pi lah Batu Ferringhi, dengaq kata pasar malam sana best. Cheq taktau lah sebab tak pernah sampai lagi.

Pak Hussin Tomyam

Hahaha ni sumpah tak ada dalam plan. Sebab tak jadi pi Batu Ferringhi, kami dinner dekat sini ja tapi tomyam Pak Hussin ni not bad. Sama level dengan Sal Tomyam and tomyam kedai liplap dekat Seri Iskandar *aaaaa rindu tomyam liplap*.

Day 3

Penang Hill (Bukit Bendera)


Lepas ja breakfast kami terus pi Bukit Bendera. Better jangan pergi tengah hari, panaih lit lit. Masa pi before intern dulu bayaq RM 5 ja sebab ada student price. Tapi sekarang dah takdak so bayaq lah entrance fee dia RM 10.

Dah sampai atas Bukit Bendera tu hampa kena try ABC, highly recommended. Ada banyak kedai yang jual ABC and macam macam perisa. ABC gambaq bawah ni tak silap kami pi dekat Gerai Kak Nor.


Aaaaa sedapnya tengok gambaq. Hahahaha tengok ja lah mampu. Weh sedap gila pls ABC coklat tu, nakkk :(

Nasi Kandar Tajuddin Hussain


Ha dekat kedai ni specialty dia lauk ayam ros. Nasi boleh pilih nak makan nasi tomato ka nasi beriyani ka nasi putih pun ada. Dalam gambaq ni nasi tomato. Taktau lah nak kata sedap ka dak, pi lah try sendiri :P


Okay dah habis cerita Penang Trip. Kbai


No comments:

Post a Comment