Pages

Tuesday, December 31, 2013

Finally

Assalamualaikum .


2013 hampir melabuhkan tirainya . lagi dua jam , berjumpalah kita dengan si 2014 . dah 365 hari kita semua lalui bersama 2013 dan bermacam macam benda aku tempuhi dalam tahun ni . 

bermula dengan " honeymoon " lepas habis spm . dari bulan Disember 2012 sampai lah akhir bulan Mei 2013 . hampir 6 bulan jadi penanam anggur dekat rumah . dah boleh dapat anugerah petani berjaya sebenarnya . in the same time , sempat lah jugak amik lesen kereta , jalan jalan Melaka dengan Impalas , amik result spm , reunion batch dekat Port Dickson and end up with dapat tawaran sambung belajar .

seriously memang tahun ni banyak mengubah kehidupan aku . dan terlalu banyak kejutan . lepas je dapat result spm , dapat tawaran matrikulasi . Alhamdulillah . dapat tawaran ke Kolej Matrikulasi Pahang (KMPh) . ramai jugak kawan kawan dapat situ . dalam duk berkira kira nak masuk matrik *siap print borang matrik dah* tiba tiba keluar pulak keputusan UPU . Alhamdulillah lagi sekali . dapat tawaran Diploma Perakaunan di UiTM Tapah , Perak . itu kampus tetap tapi kampus transit dekat Lendu , Melaka . dah cun habis dah . dekat pun dekat plus memang nak sangat belajar akaun plus plus dapat sama course dan sama tempat dengan Ada Othman . since that moment , memang dah set nak pilih diploma perakaunan tu . taktau lah macam mana , rezeki terpijak kot , dapat pulak tawaran ke UTP . Alhamdulillah . memang dah ditakdirkan rezeki sambung belajar dekat Perak . UiTM ke UTP ke still Perak .

tup tap tup tap . dah masuk sem dua dekat UTP . tiba tiba , end of November kalau tak silap , dapat berita Caca dapat tawaran ke UiTM Tapah . kuat rupanya jodoh dengan budak budak ni . hahaha . aku , Ada , Caca , Afeeqah . kalau semua pergi dah boleh buat dorm Prodiva 1 dah dekat Tapah tu . tapi takde rezeki kan nak sama sama . dan satu lagi , dapat berita arwah Acap sakit . Alhamdulillah diberi peluang untuk bertemu dengan arwah masa cuti midsem . beberapa hari lepastu , arwah pergi . Al-Fatihah . semoga roh kau ditempatkan dikalangan hamba-Nya yang beriman , kawan .

dan sekarang , here i am , lepaking at home . menghabiskan sisa sisa cuti sem ni . okay . cukup lah kot ringkasan hidup aku untuk tahun ni . semoga lebih kuaaaaaaat untuk menghadapi ujian yang mendatang . stay strong , Diana!

gonna michuuu dua ribu tiga belas . tsk tsk


" darling . happy new year dear . banyak kenangan kita 2013 . daripada dapat result spm sampai la dah dapat result 1st sem . kita hangout gi jb , melaka , times square . semua dalam 2013 . simpan la kenangan tu . impalas forever . InshaAllah , kejayaan milik kita one day . sayang koranggg . ada rezeki kita hangout lagi . Assalamualaikum " - Ikah


GOODBYE 2013 . HELLO 2014 :)

No comments:

Post a Comment