Pages

Monday, December 2, 2013

Pergi Saat Indah - Aiman


Dalam keheningan

Dan hadir bayangan
Kerana percintaan 
Yang berangan sesalan

Ku rindu wajahmu
Sejak kau bertamu
Hanya satu dari dulunya
Selalu untukmu

Kembalilah tak ingin
Berulang kisah
Sedetik berpisah
Aku ikut bersalah
Tetap di waktu berubah
Pergi saat indah
Kekasih...

Masih lagi perlu
Mengapa membisu
Ku rayu kepadamu
Luangkanku hatiku

Kita harus menanti
Walau seribu kali
Kemaafan ini
Abadi ke sisi

Tinggal ku sendiri
Merenungi sepi
Fahami hingga nanti
Kau menjadi memori

Ceritera kita
Berakhir segala
Bahagia akan tiba
Suatu masa semula
Oh...oh...ouh...


betul kata orang . bila seseorang tu dah takde , baru kita nak hargai atau ingat dia . entah kenapa tiba tiba harini dapat kekuatan untuk buat post pasal ni . em . pergi saat indah . lagu ni masa Akademi Nasyid TV9 dulu . aku taktau kenapa lagu ni yang arwah suka sangat dengar dulu . masa tingkatan tiga kot . ke tingkatan dua .



# post sebelum pindah ke SEMESRA 

sebenarnya tak ingat langsung pasal lagu ni . bila scroll balik post lama lama dulu tiba tiba ternampak post tu . aku bukak balik link tu dan . em entah la . tak sangka cuti mid sem haritu lah kali terakhir aku jumpa arwah untuk selama lamanya . 

tak sangka jugak , kawan yang masa zaman kecik kecik dulu , gaduh , gurau sama sama dah pergi meninggalkan kita . ye . mati itu pasti . dan kita sebagai manusia , kena sentiasa percaya dan bersedia untuk menghadapi saat itu . mungkin aku dan kawan kawan lain tak dapat nak pergi masa majlis pengebumian kau , tapi jangan risau , doa kami semua sentiasa mengiringi kau , kawan :')

Allahu Akbar . 

rasa macam baru je mengarut dekat facebook masa tingkatan dua , tiga dulu dengan najwa , zureen , udin , muazzam , hisham . group international court tu . dah sunyi dah sekarang . masing masing dah busy . kau pulak dah pergi tinggalkan kitaorg . masa aku pergi hari sukan smktun . masatu aku dah pindah . then kau terkejut nampak aku . Allah Allah . satu satu kenangan datang . kau selalu tanya pasal anak aku , si Hisham tu . haha . tak sangka kan . semua benda tu tinggal kenangan je sekarang . masa nampak nama kau dekat listname ICU tu , aku cuba , cuba untuk buat buat tak pernah kenal nama tu . 09.11.13 . masa tu aku baru je tanya keadaan kau dekat Dinie , sebab petang tu Dinie pergi lawat kau . lima minit lepastu tiba tiba Dinie kata , ' Acap dh takde ' . 

lemah rasanya nak teruskan menaip ni . 

semoga kau tenang di sana , Muhamad Asyraf bin Shaarin . terima kasih sebab pernah menjadi sahabat yang baik buat kami semua . Al-Fatihah .


No comments:

Post a Comment